Dunia O Dunia(Naik Bulu Roma)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

By Maya Green

Wahai dunia O dunia
Didepan mata mu sudah kelihatan
Keseksaan dah jadi nyata
Kesengsaaran tersebar jauh bertaburan
Kepedihan hati terbayang dan terpendam
Nyata-nyata semua sudah lupa dan leka
Berikutan keikhlasan yang dah lama terpadam
Dan keimanan hanya tinggal permainan temasya
Kehidupan ini bagaikan kehangatan neraka jahanam
Didunia yang nyata, sepanjang masa berduka lara
Yang kecil dan susah ditindas dan ditikam
Yang gagah perkasa bermaharajalela
Aku tergamam!
Naik bulu roma!
Mengapa dunia ini dihentam
Dan hampir binasa?
Dunia O dunia kau begitu terancam
Titisan airmata mu bercurahan senentiasa
Akhibat perangai mereka yang sinaran hatinya dah terpadam
Yang keimanannya hanya berpura-pura
Dan tuhanya hanya si Laknat Jahanam
Dimana dan bila kah akan datangnya surga?
Bila jika tidak sekarang? Dan dimana selain dihatinya insani?

Dateline:
An afternoon’s musing on a lazy Saturday
November 28, 2015, Singapore

Download from Apple Store or Play Store.